Assalamualaikum dan Selamat berpuasa semua.
Pejam celik pejam celik sudah lebih seminggu kita menjalani ibadah berpuasa kan. Pasti ada diantara kita yang mengambil peluang untuk turunkan berat badan semasa berpuasa ataupun ada yang tengah cari menu sahur yang sihat tapi simple.
Tidak dinafikan ada di antara kita yang rajin untuk masak pelbagai menu semasa bersahur tapi ada juga yang mahu simple semasa bersahur. Seperti saya sendiri, terlalu awal untuk makan makanan berat memang ada masa perut tidak dapat menerima.
Jom baca entry saya kalini untuk dapatkan idea menu sahur sihat yang ringkas tapi insyallah pasti mengenyangkan dan buat anda bertenaga sepanjang hari.
IDEA MENU SAHUR SIHAT :
▪️OVERNIGHT OAT
Pasti ramai yang sudah tahu tentang menu yang pertama ni. Yang pasti ini adalah menu terpaling famous untuk bersahur ataupun mereka yang sedang diet.
Boleh dihias atau campur dengan buah buahan pilihan anda.
📍 Resipi overnight oat :
3-5 sudu rolled oats.
Susu segar.
2 sudu yogurt mengikut citarasa anda.
Aneka kacang mengikut citarasa anda.
Chia seeds.
Madu secukup rasa.
Buah buahan ikut citarasa anda.
Cara buat :
1. Boleh buat dalam balang kecil atau ikut kesesuaian anda. Gabungkan kacang,oats dan chia seeds.
2. Kemudian masukkan yogurt dan madu. Tambahkan susu sehingga oats tenggelam.
3. Simpankan oats didalam peti sejuk semalaman.
4. Overnight oats sedia untuk dihidangkan pada waktu sahur. Boleh tambah buah buahan kegemaran anda bila sudah sedia untuk dihidangkan.
▪️CHICKEN KEBAB WRAP
Tak minat dengan overnight oats, jangan risau ada menu lain yang boleh anda buat. Menu sahur paling simple tapi yang pasti sihat untuk anda amalkan.
Simple but nice 😋
📍Resipi Chicken Kebab Wrap :
1 keping wrap wholemeal.
100g ayam dipotong dadu.
1 ulas bawang putih.
Serbuk jintan.
Serbuk parpika atau cili.
1 sudu kecil sos tiram.
Jus limau nipis.
Tomato, timun dan bawang merah.
Cara Buat :
1.Tumbuk bawang putih selepas itu gaulkan dengan serbuk jintan, serbuk parpika atau serbuk cili, sos tiram dan jus limau nipis.
2. Gaulkan ayam dengan bahan perapan yang sudah disediakan.
3. Masak ayam di kuali non stick atau di kuali biasa.
4. Setelah siap, susun diatas wrap berserta sayuran dan sos kegemaran anda.
▪️SALAD AYAM
Nak makan salad tapi mahu yang ada protein ? Jangan risau salad ayam kan ada. Sangat mudah untuk di sediakan.
Salad ayam yang pasti membuka selera anda.
📍Resipi Salad Ayam :
Bahagian dada ayam yang sudah dibuang kulit.
Lada hitam dan 3 ulas bawang putih. Ditumbuk kasar.
1-2 inci halia. Ditumbuk kasar.
1 sudu kecil sos tiram.
1 sudu kecil kicap.
Perahan lemon.
Minyak zaitun.
Lada benggala ( jika mahu )
Daun Salad.
Sos salad pilihan anda.
Cara Buat :
1. Bawang putih, halia dan lada hitam ditumbuk kasar.
2. Gaulkan ayam dengan bawang putih, halia dan lada hitam yang ditumbuk kasar dan campurkan sos tiram dan kicap.
3. Perahkan limau dan bagi sedikit minyak zaitun di permukaan dada ayam. Ayam boleh di grill atau dipanggang. Untuk panggang boleh guna suhu 180c dan kira kira 1 jam sehingga masak.
4. Setelah siap, boleh dihidangkan bersama tomato, lada benggala , daun salad dan sos kegemaran anda.
Antara sos pilihan anda.
Ada yang sudah dapat idea untuk menu sahur sihat ?
Atau nak lagi idea lain yang berasaskan nasi. Boleh saja time sahur kita makan nasi. Tapi kalau boleh kena kurangkan portion nasi tu. Alang alang berpuasa apa kata terus buat cara makan suku suku separuh.
Ini antara menu suku suku separuh yang anda boleh buat. Cara masak terpulang kepada anda. Yang penting kurangkan penggunaan garam,gula dan serbuk perasa dalam masakan anda.
▪️MENU SUKU SUKU SEPARUH :
1. Nasi satu genggam, sayur kacang panjang dan timun, cicah air asam dan ikan yang dipanggang atau digoreng.
Menu pertama
2. Nasi putih, ayam bakar kari, sup sayur, timun dan strawberry.

Menu kedua
3.Nasi putih, sambal udang dan sayur bayam tambah lobak merah.
Menu ketiga
Ini antara menu untuk suku suku separuh. Sebenarnya masakan yang biasa kita masak pun boleh dibuat menu untuk hidangan begini. Yang penting pengambilan nasi kena kurangkan tau.
▪️ Sebagai info tambahan. Semasa sahur kita kena ambil makanan yang rendah GI supaya tidak lapar terlalu cepat.
📍GI atau lebih dikenali sebagai Indeks Glisemik dalam bahasa melayunya merupakan ukuran yang digunakan untuk menentukan kadar gula yang terkandung dalam makanan tersebut. Makanan rendah GI sangat digalakkan kerana ia dicernakan secara perlahan lahan dan diserap oleh sistem percernaan kita. Menyebabkan kenaikan gula darah lebih perlahan dan kecil.
▪️Jika badan kita terlebih gula, otak kita akan menerima signal yang kita lapar. Sebab itu pemilihan makanan semasa sahur sangat penting.
Turutan makanan yang mengenyangkan ketika sahur.
Nak tahu lagi apa resipi yang paling cepat,mudah dan ringkas untuk disediakan ?
▪️ Apa kata cuba set puasa shaklee. Sangat mudah untuk disediakan. Tak sampai 10 minit sudah boleh dihidangkan. Sangat menjimatkan masa semasa sahur. Paling penting bantu kenyang lebih lama dan bantu bertenaga sepanjang hari.
Set puasa shaklee yang sangat cepat disediakan.
Nak tak sedikit resipi dengan esp shaklee ❓
Hanya perlu sediakan esp, kurma , susu lowfat dan sedikit ais bagi mereka yang ingin minum sejuk sejuk ataupun air suam.
Resepi ringkas esp shaklee.
Nak tahu lebih lanjut tentang set berpuasa shaklee boleh terus hubungi saya yah. Nanti boleh saya share resipi yang lain.
Semoga ibadah puasa kita kalini diterima Allah dan semoga puasa kalini lebih bermakna dengan orang orang tersayang dan menu sahur yang sihat.
Terima kasih kerana sudi singgah untuk membaca entry saya kalini. Semoga mendapat idea untuk menu sahur sihat.
Berminat dengan vitamin shaklee, boleh hubungi saya.
📲 0135762592 ( Jiela )
💻 Jiela Zillera ( FB )
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#shakleebeaufort
#shakleesipitang
Menu yg menarik tq infonya
ReplyDelete