ANDA DOWN ? INI KATA KATA MOTIVASI UNTUK ANDA.

 Adakala dalam kehidupan pasti kita akan merasa kecewa, penat, sedih dan putus asa. Ada masanya orang akan pandang serong kepada kita yang pasti akan membuatkan kita lebih kurang dengan keyakinan diri.

Pelbagai perkara mungkin yang datang kepada kita tanpa kita mahu tapi apa daya kita untuk melawan takdir. Kadang terlintas di fikiran untuk berhenti meneruskan perjuangan untuk capai semua impian kita.


Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh” - HAMKA.

Kadang ada orang dia takut untuk kenal erti gagal atau jatuh. Seolah olah bila gagal dia akan rasa diri dia tidak berguna. Tapi ketahui lah yang gagal itu tidak selamanya akan gagal.

Jika masih down , ini antara kata kata motivasi untuk anda, semoga dengan kata kata ini anda lagi bersemangat untuk jalani kehidupan seharian.


🔥 KEEP FIGHTING 🔥


▪️“ Allah tidak membebani seorang hamba melainkan sesuai dengan kemampuannya.”



▪️ “ Maka sesungguhnya, di balik kesulitan ada kemudahan”.


▪️“ Kegagalan bukanlah kegagalan yang sebenarnya kecuali jika kita tidak belajar daripadanya.”


▪️“ Jangan pernah menyerah dalam hidup,temukanlah alasan dan teruslah berjuang untuk mencuba.”


▪️“ Miliki impian yang tinggi,sebab impian akan membangkitkan motivasi anda untuk bertindak.”


▪️“ Life is like riding bicycle. To keep you balance, you must keep moving.”



Dalam dunia ini tiada seorang pun akan terlepas dari diuji dengan pelbagai dugaan. Jadikan dugaan itu satu pembelajaran untuk kita lebih kuat.

Jom amalkan surah al-Insyirah. Didalam surah ini Allah S.W.T telah memberi kenikmatan kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu kelapangan ketika Nabi Muhammad bersedih dalam memperjuangkan dan menyebarkan agama islam dahulu.



Dua kali Allah S.W.T ulang dalam surah ini yang mana “setiap kesukaran disertai kemudahan.”

Sesungguhnya ujian yang menimpa pasti ada jalan keluar. Sabar dan yakin, janji Allah itu pasti.

Antara kelebihan amalkan surah Al-Insyirah ini ialah :

▪️Dipermudahkan segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membaca 7 kali selepas solat fardhu.

▪️Barangsiapa yang sentiasa mengamalkan surah ini,insyallah fikiran dan dadanya sempit akan dilapangkan Allah SWT.

▪️Jika mempunyai hajat yang penting, baca surah ini 103 kali selesai solat hajat atau tahajud di tengah malam.



Jangan merasa diri itu terlalu hina sedangkan Allah SWT sentiasa mendengar rintihan dan doa dari hambaNYA. 

Sujud itu indah. Kita berbisik di bumi tetapi terdengar oleh langit.Jangan putus berdoa. Kita tidak tahu doa yang mana Allah akan kabulkan dahulu.

Semoga sedikit sebanyak kata kata motivasi yang saya kongsikan boleh memberi semangat baru untuk anda semua.


Jika anda perlukan vitamin yang membantu mood anda lebih tenang tenang dan untuk kawal stress anda, boleh hubungi saya DISINI untuk maklumat lanjut.


#megablogshaklee

#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

Comments