Masa kecil pasti ada diantara kita yang berimpian untuk ada rumah banglo besar, kereta mewah dan duit banyak kan. Lepas tu mahu travel seluruh dunia. Masa kecil kita rasa macam semuanya mudah. Tapi sebenarnya tak salah berimpian begitu.
Setiap impian kita bermula dengan namanya angan angan.
“ Aku mahu rumah yang besar dan selesa”.
“ Aku mahu bawa family pergi ke Makkah dan melancong”.
“ Aku mahu kereta yang besar dan mewah”.
“ Aku mahu bina shelter untuk haiwan jalanan”.
Tapi bila beranjak dewasa segala angan angan dan impian masa kecil kita terkubur begitu saja. Sebab kita rasa aku tak mampu untuk capai semua ini.
Saya salah seorang antara yang berangan angan untuk jadi seorang surirumah yang mempunyai income. Dulu rasa susah untuk capai tapi alhamdulillah sekarang sudah capai angan angan yang dulu hampir terkubur.
Berkat tulis angan angan atau impian dalam vision board, satu persatu impian yang saya mahu sudah tercapai.
APA TU VISION BOARD ?
Vision board atau papan impian adalah satu ruangan yang mana kita letakkan segala impian atau apa saja keinginan kita yang mahu kita capai.
KENAPA PENTINGNYA VISION BOARD INI ?
Supaya kita dapat lihat dan ingatkan diri kita setiap hari apa impian yang perlu kita capai dalam kehidupan kita.
APA KAITAN VISION BOARD DENGAN ORANG BISNES ?
Kadang ada masa orang bisnes akan lost track atau rasa tidak tahu apa yang perlu dilakukan bila stuck, jadi dengan adanya vision board ni kita boleh ingat balik apa impian dan target yang perlu kita capai.
Orang bisnes yang tiada target umpama pandu kereta tanpa hala tuju dan bila kereta habis minyak yang dapat hanya penat.
NAK TAK SAYA BAGI TIPS UNTUK VISION BOARD ?
▪️TIPS PERTAMA : TAHU APA YANG KITA MAHU & IMPIKAN
Setiap orang pasti ada impian masing masing. Ada yang inginkan hidup yang sihat , ada yang inginkan keluarga bahagia, ada yang mahu kewangan yang banyak dan ada yang inginkan bawa family travel ke sana ke sini.Jadi setiap apa yang kita impikan kita senaraikan.
Kena fikirkan semua yang kita impikan itu betul betul yang kita mahu capai.
▪️TIPS KEDUA : TENTUKAN WHY ?
Kena tahu kenapa kita perlu ada impian begitu. Sebagai contoh bila kita ada sumber kewangan yang mencukupi kita boleh bantu family atau orang yang memerlukan.
Why ini akan lebih memotivasikan diri kita untuk capai lebih bersemangat untuk capai segala impian yang kita sudah catatkan dalam vision board.
▪️TIPS KETIGA : VISION BOARD ADALAH ALARM UNTUK REMINDER KITA.
Bila kita sudah tahu apa yang kita mahu dan kenapa kita perlu capai, jadi kenalah disertakan dengan tindakan kita. Vision board adalah alarm sebagai reminder kita bila kita rasa stuck dalam sesuatu perkara.
Contoh bila kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan, jadi boleh rujuk vision board sebagai rujukan untuk kita lebih fokus dalam bisnes.
MY DREAM COME TRUE .
Asbab vision board yang dulu saya buat, alhamdulillah satu persatu impian saya tercapai. Antaranya ialah :
▪️Rank up sebagai Supervisor dalam bisnes shaklee.
▪️Mempunyai income 4 angka walaupun bergelar surirumah.
Kita semua berhak mempunyai impian untuk capai apa yang kita mahukan. Jadi jangan simpan angan angan anda di dalam kepala tapi luahkan di dalam vision board anda.
Kita sendiri yang mampu merubah hala tuju hidup yang kita inginkan.
Jika kita ingin berjaya , ada impian tetapi masih belum jelas , jom kita cuba visualkan dengan jelas di atas buku atau sekeping kertas.
Bila sudah jelas kita pasti tahu apa yang perlu kita lakukan untuk mencapai impian tersebut.
“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.
Orang yang berputus asa itu ada dua :
Sama ada tidak pernah mencuba atau sudah terlalu banyak mencuba.
Semoga kita sentiasa dijauhkan dari rasa berputus asa.
Nak saya guide dalam bisnes shaklee ?
Jom hubungi saya terus :
👉🏻 0135762592 ( Jiela )
👉🏻 Jiela Zillera ( FB )
#teamleadership
#shakleetriumph2023
#shakleebeaufort
Comments
Post a Comment