Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah dengan amalan gaya hidup sihat.
Kenapa perlu amalkan gaya hidup yang sihat ?
▪️Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda.
▪️Menjadikan diri kita lebih produktif samaada dirumah atau di tempat kerja.
▪️Membuat diri kelihatan dan berasa lebih baik.
▪️Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan yang lebih baik untuk menikmati kehidupan.
▪️Membantu kurangkan risiko mendapat pelbagai penyakit. Sebagai contoh : Serangan jantung, diabetes, strok , tekanan darah tinggi dan kanser.
Kunci utama untuk kehidupan yang sihat adalah dengan cara amalan gaya hidup sihat :
▪️MAKAN SECARA SIHAT
☑️ Pilih makanan yang rendah gula,garam dan lemak.
☑️ Makan mengikut waktu yang teratur.
☑️ Pilih makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
🚭 Merokok dapat meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius.
🚭 Penyakit seperti kanser paru paru , penyakit jantung dan angin ahmar ( strok ) lebih terdedah kepada perokok.
🚭 Merokok boleh jejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan kita.
🚭 Selain itu, asap rokok mengandungi 4000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser. Orang terdekat anda pun boleh terdedah kepada penyakit dengan asap rokok.
☑️ Aktiviti fizikal ini merangkumi semua pergerakan badan kita yang menggunakan tenaga dalam kehidupan.
☑️ Hidup tidak aktif boleh sebabkan kegemukan dan boleh tingkatkan risiko mendapat penyakit jantung, tekanan darah tinggi , diabetes dan sakit sendi.
☑️ Aktiviti fizikal ini anda boleh pilih untuk lakukan aktiviti ringan sehingga sederhana. Sekurang kurangnya lakukan aktiviti fizikal dalam 30 minit sehari.
Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari :
▪️ TANGANI STRESS ANDA.
Tidak dapat dinafikan setiap dari diri kita mesti akan mengalami stress setiap hari. Stress adalah berpunca dari emosi kemarahan kita. Stress dialami oleh semua orang sama ada di rumah,sekolah atau di tempat kerja.
Apa yang harus dilakukan ketika marah 🤬.
☑️ Bertenang. Kira sehingga sepuluh dan tarik nafas panjang dan mengucap.
☑️ Kenal pasti kenapa anda sedang marah dan cuba dengar penjelasan dari orang lain yang membuatkan anda marah.
☑️ Jika tidak dapat mengawal kemarahan, sila beredar dari tempat yang membuat anda rasa marah.
☑️ Membiasakan diri memaafkan. Menerima kenyataan bahawa kita manusia biasa yang juga melakukan kesalahan.
4 tips ini adalah kunci utama dalam amalan gaya hidup sihat. Insyaallah jika anda sendiri boleh ikut dengan 4 tips ini pasti kehidupan seharian anda akan lebih tenang dan pasti menuju ke kehidupan yang lagi sihat.
Bukan itu sahaja, pengambilan supplement dalam kehidupan seharian pun boleh diamalkan.
Jom saya senaraikan supplement yang boleh membantu anda dalam kehidupan seharian anda untuk melakukan aktiviti seharian.
▪️SUPPLEMENT TAMBAHAN UNTUK ANDA.
☑️ Vita - Lize ( Multivitamin )
▪️Bantu beri tenaga.
▪️Memelihara sistem saraf dan fungsi otot.
▪️Bekalkan nutrisi lengkap untuk kesihatan optimum.
▪️Bantu tingkatkan daya fokus dan ingatan.
▪️Bantu kurangkan risiko jangkitan kuman dan virus.
▪️Bantu hasilkan sel darah merah.
▪️Bantu kurangkan stress dan kemurungan.
▪️Tukarkan gula kepada tenaga.
▪️Bantu dalam masalah saraf.
▪️Bantu kurangkan simptom migrain.
▪️Banti cegah anemia.
▪️Bantu kawal gula dalam badan.
▪️Lindungi sel badan.
▪️Menyokong kesihatan jantung.
▪️Bantu tingkatkan tenaga dalam badan.
▪️Menyokong kesihatan sendi.
Ini adalah antara supplement yang sangat membantu dalam kehidupan seharian kita.
Jom sama sama kita start amalan gaya hidup sihat ini. Pasti lebih membantu kita untuk lebih menikmati kehidupan dan pastinya membantu kesihatan kita ke arah lebih baik.
Semoga entry saya kalini membantu anda bagaimana untuk mula amalkan gaya hidup sihat.
#bloggingnextlevel
#shakleethrive2023
#shakleebeaufort
#shakleesipitang
Comments
Post a Comment