JERAGAT owhh JERAGAT 😩..
Antara mimpi ngeri untuk semua orang terutama sekali kaum wanita. Tompokan bintik bintik hitam di kulit muka kadang menjadikan diri sendiri kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang. Selain itu jeragat ini juga membuat tona kulit kurang sekata.
BAGAIMANA TERJADINYA JERAGAT ‼️
Setiap dari kita mempunyai warna tona kulit yang berbeza dan tersendiri daripada pigmen yang dikenali sebagai “melanin”.
Sejenis sel yang dipanggil “melanocytes” yang terdapat dalam lapisan kulit kita yang menghasilkan melanin dan ianya dipengaruhi sepenuhnya oleh sinaran ultraviolet ( UV ) dari cahaya matahari.
Semakin banyak kulit kita terdedah kepada dengan sinaran UV, maka semakin banyak lah juga melanocytes menghasilkan melanin.
Melanin berfungsi untuk lindungi sel kulit kita daripada bahayanya sinaran UV agar sel kulit tidak rosak TETAPI apabila sel melanocytes menjadi lebih aktif kulit kita yang akan mendapat lebih banyak pigmen melanin boleh menjadikan sel kulit lebih berjeragat.
Ini PETUA HILANGKAN JERAGAT yang boleh anda cuba.
▪️JAGA KEBERSIHAN KULIT WAJAH.
☑️ Cara hilangkan jeragat di kulit muka step yang pertama adalah kena jaga kebersihan kulit muka dahulu. Pastikan cuci muka dua kali sehari.
☑️ Elakkan memakai make up terlalu lama. Jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel sel kulit mati serta radikal bebas.
☑️ Pastikan pakai pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka kita dan elakkan memakai pencuci muka yang boleh keringkan kulit muka kita. Ini kerana boleh mengundang minyak berlebihan dan boleh hasilkan jeragat.
** Guna pencuci muka yang bebas buih dan bahan kimia.
▪️ALOE VERA
Cara untuk buat mask aloe vera dan cara pemakaian :
- Campurkan jel aloe vera dengan madu.
- Biarkan selama 5 ke 10 minit selepas tu lumurkan di muka. Selepas 20 hingga 30 minit boleh bilas muka dengab air suam.
- Lakukan setiap hari sehingga dapat hasil yang kamu inginkan.
** Apa manfaat Aloe Vera ini :
- Bantu cerahkan kulit.
- Lindungi kulit dari sinar matahari.
- Mengatasi kulit kering dan berminyak.
- Bantu hilangkan jeragat.
- Baiki sel sel kulit yang mati.
▪️BUAH LEMON
Lemon mengandungi asid sitrik yang boleh membantu bersihkan kulit dari kotoran dan membantu hilangkan jeragat di muka.
Cara mudah untuk petua hilangkan jeragat di muka dengan lemon ialah :
- Potong buah lemon tetapi jangan terlalu nipis.
- Gosokkan pada kulit muka. Jika terasa pedih kemungkinan muka kita ada luka.
- Biarkan 10 hingga 15 minit dan bilas dengan air suam.
** Boleh juga dicampur dengan madu asli.
▪️TEH HIJAU
Teh hijau bukan sekadar minuman yang boleh membantu untuk kesihatan tubuh badan, tapi tahukah anda yang teh hijau juga boleh membantu untuk hilangkan jeragat di muka.
Menurut kajian , teh hijau mempunyai khasiat yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.
** Cara menggunakan teh hijau untuk hilangkan jeragat :
- Rendam teh hijau selama 5 minit dalam air panas.
- Angkat teh hijau dan gosok perlahan lahan ke kawasan muka yang terjejas oleh masalah jeragat.
▪️ OATMEAL
Selalu kita dengar oatmeal hanya untuk dimakan tetapi oatmeal juga boleh membantu dalam menghilangkan jeragat dimuka.
Oatmeal bertindak sebagai agen pengelupasan semula jadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran terkumpul. Disamping membantu menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.
** Cara buat mask oatmeal :
- Campurkan dua sudu yogurt, satu sudu jus lemon dan satu sudu madu dan empat sudu besar serbuk oat.
- Anda boleh juga tambahkan satu sudu cuka apple cider.
- Lembapkan kulit muka anda dan jadikan sebagai masker. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu bilas dengan air suam.
Anda boleh cuba cara ini sehingga dapat hasil yang anda inginkan.
Selain daripada itu, pengambilan VITAMIN juga boleh membantu anda untuk memudarkan serta menghilangkan jeragat yang anda hadapi.
Jom tengok vitamin sesuai untuk dijadikan vitamin harian anda disamping boleh bantu hilangkan parut jeragat anda.
▪️ COLLAGEN SHAKLEE & ESP SHAKLEE.
** Set ni mampu mengatasi masalah jeragat anda dari dalaman. Jangan dilupa dengan repair dalaman mampu terlihat hasil luaran yang terbaik.
▪️ VITAMIN C & VITAMIN E
** Selain mampu untuk merawat masalah jerawat, gabungan vitamin c shaklee dan vitamin e shaklee mampu memudarkan parut jeragat anda. Bonus kulit muka akan lebih anjal dan lembut.
Hah selain itu, pemakaian sunscreen pun sangat penting untuk mengelakkan muka kita terkena terus dengan sinaran UV. Pastikan anda memakai sunscreen setiap hari walaupun anda berada di dalam rumah.
Age Defense Moisturizer - SPF 50
Pemakaian suncsreen mampu lindungi kulit muka kita semua. Dapatkan suncsreen yang sesuai dengan kulit wajah anda.
**
Sunscreen dari youth shaklee mempunyai SPF 50 dan Broad Spectrum yang sesuai dengan cuaca panas terik di Malaysia.
Anda boleh pilih untuk
petua hilangkan jeragat secara tradisional ataupun dengan pengambilan vitamin dan penjagaan kulit muka.
Saya harap entry saya kalini boleh membantu anda untuk selesaikan masalah jeragat yang anda hadapi.
Ingat ‼️ Kita semua cantik dari pelbagai sudut.
Nak dapatkan info lanjut mengenai produk shaklee ?
Boleh hubungi saya
DISINI untuk respon yang cepat.
#bloggingnextlevel
#shakleethrive2023
#shakleebeaufort
#shakleesipitang
Comments
Post a Comment