TESTIMONI SHAKLEE SAYA : MASALAH PERIOD TIADA LAGI.

Entry kalini saya mahu share testimoni shaklee saya sebagai pengguna supplement shaklee. Kami sebagai pengedar shaklee ni adalah duta kepada produk shaklee itu sendiri. Shaklee tidak melantik mana mana artis untuk jadi duta kepada produk shaklee.


Sebelum saya kenal apa itu supplement shaklee, saya mempunyai masalah period yang teruk. Yang mana period saya tidak datang selama 2 tahun lebih. Bayangkan orang yang tidak datang period selama 6 bulan pun rasa susah hati, apalagi saya sendiri mempunyai masalah period selama 2 tahun lebih.

Selain mempunyai masalah period, saya juga mengalami masalah berat badan yang hampir mencecah berat 100kg dan mempunyai kulit yang sangat sangat kusam. 


Diri saya sebelum amalkan supplement shaklee.

Pada mulanya saya tak berapa kisah tentang masalah period dan berat badan berlebihan. Tetapi selepas baca satu artikel mengenai bahayanya MASALAH PERIOD & OBESITI, disana saya jadi takut apa yang akan jadi dengan kesihatan saya pada masa hadapan.

Pada bulan Julai 2017, saya search tentang produk apa yang bagus untuk masalah period. Sebelum ni saya memang pernah amalkan produk tapi langsung tidak berkesan. Dan akhirnya saya putuskan untuk ikhtiar dengan supplement shaklee.

Saya masih ingat, pada masa itu produk pertama yang saya cuba adalah GLA COMPLEX, HERBLAX dan ALFALFA. Pada mulanya rasa was was dengan produk shaklee ni sebab takut sama dengan produk lain.

 

Gla Complex

Saya ambil gla complex untuk bantu selesaikan masalah period saya yang 2 tahun lebih tidak datang. Saya start ambil pada penghujung Julai 2017. Dan pada 31 Ogos 2017, akhirnya saya merdeka dari masalah period yang selama ini saya tanggung.

Masa keluar darah kotor time tu, darah tersebut berwarna hitam dan selama seminggu juga saya mengalami senggugut teruk dan darah beku yang keluar dengan size yang besar. Boleh bayangkan size darah beku tersebut seperti size hati ayam.

Tetapi syukur selepas seminggu tu barulah kembali normal. Dan alhamdulillah sehingga sekarang period saya kembali normal dan sentiasa datang on time.


Alfalfa Shaklee

Masa tu juga saya ambil alfalfa shaklee sebagai agen detox darah disamping bantu dengan masalah keputihan dan bau badan. Tau lah kalau badan besar ni ada masa akan keluarkan bau peluh yang kurang menyenangkan.

Syukur selama 7 tahun amalkan alfalfa shaklee ni memang nampak kesannya pada diri sendiri. Sampai sekarang alfalfa ni adalah supplement wajib yang perlu ada.


Herblax Shaklee

Herblax ni pula sangat membantu saya untuk kempiskan perut buncit. Kadang berdiri pun tak nampak kaki sebab perut terlampau buncit 😆. Syukur amalkan herblax ni memang membantu kempiskan perut yang buncit.

Siapa yang ada perut buncit tu jangan risau, herblax shaklee sentiasa ada untuk membantu anda kempiskan perut yang buncit.

Selepas amalkan supplement shaklee.

Taraa.. Hasil konsisten amalkan supplement shaklee, memang sendiri boleh rasa kesan hebat produk shaklee itu sendiri. Sebab tu amalkan shaklee boleh ada testimoni shaklee sendiri.

Hah selain amalkan 3 produk shaklee tu, saya juga amalkan supplemenet shaklee yang lain. Iaitu :

▪️VITAMIN C & ESP SHAKLEE


Gabungan dua produk shaklee ni memang terbaik. Jika sebelum ini saya mempunyai masalah kulit kusam, tapi hasil konsisten kulit yang kusam kembali berseri.

Tona kulit makin sekata disamping imun badan pun makin meningkat. Sebab dulu saya orang yang jenis senang untuk dapat demam dan selesema. Mudah terjangkit jika berdekatan dengan orang yang demam.

Bagi anda yang ingin menjaga badan sekaligus menjaga kulit muka,anda boleh ambil set gabungan vitamin c dan esp ni. Amalkan secara konsisten pasti dapat hasilnya.

Saya bersyukur dipertemukan dengan rangkaian vitamin shaklee ni sebab memang sangat membantu untuk selesaikan masalah yang saya alami. 

Anda pun boleh sihat dan cantik bersama shaklee. Jom mula sekarang untuk SHAKLEE kan diri anda. 

Doakan semoga entry kalini saya akan dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com  . Semoga Master Norita sentiasa dipermudahkan segala urusan.

Jom kita berSHAKLEE ..


Comments