SERONOKNYA KERJA DARI RUMAH

 Hai bertemu lagi kita di entry kalini. 

Kalini saya ingin ceritakan bagaimana saya boleh terjebak sebagai seorang suribisnes yang bukan saja sebagai seorang surirumah tetapi mempunyai bisnes sendiri.

Semuanya bermula apabila saya ditamatkan kontrak perkhidmatan kerja pada tahun 2018 disebabkan masalah dalaman company tempat saya berkerja dulu. Disanalah bermula liku liku kehidupan saya sebagai seorang suribisnes. Aisehhh 😂..



Pada mulanya saya mencuba pelbagai jenis bisnes. Antaranya adalah jalankan dropship untuk baju, beg & kasut. Tapi bisnes tu tidak kekal lama disebabkan kadang parcel customer hilang ataupun salah jenis supplier hantar atau salah size yang customer akan dapat. Jadi bisnes itupun saya stop serta merta.

Dan akhirnya saya balik kepada bisnes saya yang dulu iaitu bisnes shaklee. Dari saya pening fikir apa bisnes yang saya mahu buat, lebih baik saya fokus kepada bisnes shaklee. Yang mana saya sendiri pun amalkan suplemen shaklee dan dapat rasai sendiri kesan suplemen shaklee.



Bisnes shaklee ni merupakan bisnes yang sangat fleksibel. Dan paling penting sesuai untuk surirumah yang tiada modal untuk mula berniaga. 

Paling best adalah saya boleh kerja dari rumah yang mana saya tidak memikirkan untuk datang tepat masa ke tempat kerja. Dan paling penting tidak berebut untuk apply cuti bila musim perayaan dan bila berlaku emergency.

Sebagai seorang isteri, kerja dari rumah ini memang salah satu impian yang mana saya boleh mengurus rumah, makan minum suami tanpa gagal. Dulu masa masih kerja ada masa makan & minum suami selalu terabai. Alhamdulillah sejak buat bisnes shaklee dan hanya kerja dari rumah saya mampu uruskan rumah dan bisnes sekali.

BUAT BISNES SHAKLEE NI SUSAH ?

Sebenarnya tak susah mana pun. Yang penting kita mahu buat dan mempunyai mindset yang betul. Paling best pihak shaklee sudah sediakan website yang fleksibel untuk kita mulakan bisnes ni.

Ada customer order hanya perlu klik di website dan pihak shaklee yang akan uruskan penghantaran produk customer.



Sambil masak , sambil tunggu kain siap spin atau sambil menyapu dirumah pun boleh klik order melalui website. Bestkan bisnes begini. Tanpa perlu keluar rumah hari hari pun boleh buat sales dari rumah. 

Syukurlah shaklee ni sediakan satu bisnes bagi surirumah untuk dapat income tiap bulan tanpa perlu keluar rumah hari hari. 

Sambil jaga anak sambil tu boleh jana pendapatan dari rumah. Zaman sekarang ni tiada alasan kita tidak boleh buat. Jika sendiri mahu pasti akan dapat.

Kalau ditanya sama ada saya mahu kerja atau tidak, saya lebih memilih untuk kerja dari rumah yang mana jalankan bisnes yang saya bina sekian lama ini.



Walaupun hanya buat bisnes dari rumah, segala hasil usaha dalam bisnes diberi penghargaan. Hasilnya saya berjaya rank up sebagai Supervisor. Masa kerja dulu saya berjawatan Supervisor tetapi tiada sijil & pin diberikan 😂.

So surirumah sekalian, jangan malu bila kita hanya bertitlekan seorang surirumah. Itu merupakan pekerjaan paling mulia. Surirumah sekarang pun boleh ada income tau. Yang penting ada kemahuan untuk buat.


Dapat ikut event shaklee.


Shopping bila bila masa di branch shaklee.


Dapat berhari raya bersama family shaklee.

Bagi anda yang ingin mula buat bisnes shaklee, boleh hubungi saya DISINI untuk tahu lebih lanjut tentang bisnes shaklee ini.

         “ Jika kita mahu berjaya,pasti kita boleh berjaya”


#shakleebeaufort #shakleesipitang #shakleesabah #shakleekotakinabalu #shakleekualapenyu #shakleemembakut

Comments