Tengah cari VITAMIN UNTUK WANITA yang sesuai diamalkan setiap hari ?
Golongan wanita paling wajib amalkan vitamin setiap hari. Kita dikira sebagai “superwoman” dalam keluarga. Tak kira lah anda seorang surirumah atau wanita berkerjaya.
Zaman sekarang, usia bermula remaja sudah wajib amalkan vitamin . Dunia makin moden, pelbagai situasi yang pastinya kita akan hadapi.
Disamping dengan kemunculan pelbagai jenis makanan dan minuman viral. Semestinya dengan pengambilan tanpa had boleh membuatkan tubuh kita lambat laun akan mendapat penyakit terutama sekali penyakit yang seringkali berkait rapat dengan organ dalaman wanita.
Jadi ini adalah antara cadangan VITAMIN UNTUK WANITA yang perlu anda amalkan :
1) MULTIVITAMIN ( VITA-LIZE )
Multivitamin antara suplemen paling penting. Bila sibuk dengan kerja dan rutin harian, pastinya sukar untuk mendapatkan vitamin dan mineral yang cukup dari pemakanan seharian kita.
Iyalah sibuk dengan kerja dan rutin harian, pastinya kita akan makan makanan yang paling cepat dan mudah disediakan.
Pada tahun 1915, Dr. Forest C Shaklee telah memperkenalkan kepada dunia multivitamin pertama. Pada mulanya ia nya dalam bentuk cecair yang diberi nama “Vitalized Mineral”.
Multivitamin ini sudah berada 100 tahun lebih di pasaran dunia. Dan telah melalui beberapa penambahbaikan dari semasa ke semasa sehinggalah dikenali dengan nama baru iaitu “Vita - Lize”.
Vita -Lize ni mengandungi :
▪️25 jenis vitamin dan mineral penting.
▪️2 tablet Vita- Lize membekalkan 600mg asid folik dan vitamin b.
Vita-Lize sesuai untuk mereka yang vegetarian dan vegan.
Kenapa Vita -Lize amat bagus untuk wanita ?
▪️Sumber zat besi kepada ibu hamil, berpantang dan menyusukan anak. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah hb rendah.
▪️Membantu beri tenaga. Sebagai seorang wanita yang berkerjaya mahupun seorang surirumah, pastinya memerlukan tenaga yang cukup dan berpanjangan untuk membuat kerja dan rutin harian.
▪️Bantu kurangkan stress & beri mood yang baik.
Selain membantu beri tenaga, pengambilan Vita-Lize juga membantu golongan wanita untuk kurangkan stress dan mempunyai mood yang baik.
2) OMEGA 3 ( OMEGA GUARD SHAKLEE)
Omega 3 sangat diperlukan untuk setiap golongan. Tambahan usia semakin meningkat pastinya berisiko untuk mendapatkan penyakit seperti :
▪️Kolestrol Tinggi.
▪️Darah Tinggi.
▪️Sakit Jantung.
▪️Sakit Sendi.
📍Bersifat sebagai antiradang. Ia boleh membantu mengawal keradangan dalam badan kita.
Punca keradangan tinggi ini berlaku kerana disebabkan stress. Selain itu kurang tidur juga menjadi salah satu punca tingginya keradangan dalam badan.
Dengan gaya hidup kita yang seringkali banyak makan makanan ringan, makanan atau minuman yang tinggi gula dan persekitaran yang terdedah dengan asap rokok boleh jadikan keradangan dalam badan tinggi.
OmegaGuard shaklee mempunyai Omega 3 yang tinggi.
Pengambilan secara konsisten Omega Guard shaklee boleh membantu anda untuk :
▪️Bantu masalah kolestrol.
▪️Bantu kawal tekanan darah .
▪️Bagus untuk kesihatan sendi.
▪️Bantu bakar lemak dalam organ.
▪️Bagus untuk kesihatan jantung dan otak.
3) GAMMA - LINOLENIC OIL ( GLA COMPLEX )
Gamma Linolenic oil ialah sejenis acid lemak Omega-6 yang digunakan badan kita untuk membentuk prostaglandin.
Apa itu PROSTAGLANDIN ?
▪️Bahan berkesan berupa hormon yang membantu mengawal atur proses badan yang normal. Hormon dalam badan kita ialah bahan kimia yang dihasilkan oleh cecair dalam badan.
▪️Hormon memainkan peranan penting dalam mengaktifkan proses di tubuh manusia. Sebagai contoh, pertumbuhan, proses baligh, kitaran haid dan menopause.
GLA Complex shaklee ni merupakan teman baik kepada wanita kerana :
▪️Membantu dalam masalah hormon.
▪️Bantu dalam masalah period.
▪️Membantu menangani menopause.
▪️Sangat sesuai untuk masalah senggugut.
4) KALSIUM & MAGNESIUM ( OSTENUTRIX).
Golongan wanita paling banyak kehilangan kalsium dalam badan. Kehilangan kalsium disebabkan ketika period, hamil & menyusukan anak.
Disebabkan itu golongan wanita paling tinggi berisiko untuk mendapatkan “osteoporosis” iaitu masalah tulang rapuh.
Kalsium dan magnesium terdapat dalam Ostenutrix Shaklee ni. Bukan itu saja, mineral seperti boron, kuprum, zinc dan mangan pun terkandung dalam ostenutrix. Dan paling penting dalam Ostenutrix ada vitamin D juga.
Ostenutrix ini sangat untuk :
▪️Bantu tidur yang lena.
▪️Bantu cegah penyakit “osteoporosis”.
▪️Bantu masalah sembelit.
▪️Kurangkan sakit sakit badan & cramp.
▪️Bagus untuk kesihatan tulang & sendi.
▪️Bagus untuk masalah migrain & senggugut.
5) VITAMIN B ( BCOMPLEX PLUS WITH FOLIC ACID)
Kekurangan Vitamin B dalam badan banyak memberi kesan dari segi emosi, mental & fizikal kita.
Antaranya ialah :
▪️Akan mudah marah , merajuk , emosi tidak stabil dan kemurungan.
▪️Selalu rasa penat , tidak bermaya dan wajah akan nampak lesu serta kusam.
▪️Mudah terasa panik dan rasa risau yang melampau.
▪️Selalu rasa kebas pada tangan dan kaki.
Vitamin B shaklee iaitu Bcomplex Plus With Folic Acid membekalkan kepada anda 8 jenis Vitamin B yang seimbang yang mampu melengkapi jurang nutrisi Vitamin B dalam badan kita.
Bcomplex with folic acid shaklee ni mampu membantu kita untuk meredakan stress.
▪️Vitamin B1 - stabilkan mood,saraf sihat dan bagus untuk memori serta fokus.
▪️Vitamin B2 - kawal atur mood,saraf sihat dan tenaga.
▪️Vitamin B3 - stabilkan mood dan emosi, kesihatan saraf dan kawal gula dalam darah.
▪️Vitamin B6 - naikkan mood & tingkatkan imun badan apabila tengah diserang ANXIETY.
▪️Vitamin B9 - tingkatkan mood dan sokong fungsi otak yanh betul.
▪️Vitamin B12 - bantu perkembangan dan fungsi otak serta pengeluaran melatonin dan serotanin, penting untuk mood & tidur.
Wanita sayangi diri anda sebelum anda sayang orang lain. Hargai diri dan jaga kesihatan diri kita.
Sebagai wanita yang hidup di zaman sekarang, pastinya memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental kita.
Pastikan kita dapat rehat yang mencukupi dan paling penting pengambilan vitamin yang cukup setiap hari.
Saya harap perkongsian mengenai VITAMIN UNTUK WANITA ini boleh memberi anda pilihan.
Jom sihat bersama Shaklee !
nextlevelblogging #blogmegashaklee
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023
Kesihatan adalah Rezeki terbesar dalam hidup.
Jom sertai kami untuk jadi Agent Shaklee
Anda berminat dengan Vitamin Shaklee ?
Jom hubungi saya untuk info lanjut :
Nama: NURAZILLAH BINTI MUHAMMAD
Shaklee ID : 1268743
Pengedar Sah Shaklee anda di area :
Beaufort, Sipitang, Membakut , Kimanis , Labuan, Kuala Penyu,Kota Kinabalu serta seluruh Malaysia.
Setiap pembelian supplement Shaklee dengan saya akan mendapat FREE CONSULTATION cara makan yang berkesan.
Jom jadi sihat dengan Shaklee!
Comments
Post a Comment