TIGA DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA AMALKAN.

Faktor kesibukan sebagai seorang surirumah ataupun wanita berkerjaya seringkali menjadikan wanita selalu stress dan kadang kala boleh menjadi punca penyakit kepada golongan wanita.

Doa adalah senjata orang beriman.




📍DOA PERTAMA.


Doa ini pendek tapi merangkumi 10 perkara yang sangat penting.


Sangat mudah untuk dihafal dan diamalkan setiap kali selesai solat. Saya tulis juga dalam tulisan rumi bagi membantu yang tidak berapa cekap membaca tulisan Arab.

InsyaAllah, mustajab doanya dan dikurniakan apa yang kita minta.

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ 

Allāhumma innā nas aluka salāmatan fiddīn.
Ya Allah, kami mohon keselamatan bagi agama kami.

وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ 

Wa ‘āfiyatan fil jasad.
Tubuh badan yang sihat.

وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ 

Wa ziyādatan fil ‘ilm
Ilmu yang sentiasa bertambah.

وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ 

Wa barakatan fir rizq.
Rezeki yang berkat.

وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ 

Wa taubatan qablal maut.
Taubat sebelum meninggal dunia.

وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ 

Wa rahmatan ‘indal maut.
Rahmat ketika meninggal dunia.

وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ 

Wa maghfiratan ba’dal maut.
Keampunan selepas meninggal dunia.

اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ 

Allāhumma hawwin ‘alainā fī sakarātil maut.
Ya Allah, mudahkanlah proses kematian kami.

وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ 

Wannajāta minannār
Keselamatan dari api neraka.

وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ

Wal ‘afwa ‘indal hisāb
Kemaafan ketika amalan dihitung.


📍DOA KEDUA



Ada satu doa ringkas yang Nabi SAW ajarkan. Walaupun ringkas tetapi bila diamalkan secara konsisten pasti akan membantu dalam kehidupan kita.

Doa ini mampu membantu kita menyelesaikan :

▪️Bebanan hutang
▪️Lemah semangat, gelisah jiwa dan malas.
▪️Rasa sedih dan takut.
▪️Tiada keyakinan diri.
▪️Selalu ditindas , dipermainkan atau diperlekehkan.

Doa tersebut ialah :

Allaahumma Innii’a’uudzu bika minal-Hammi wal-Hazani wa ‘A’uudzu bika minal- ‘Ajzi wal-Kasali wa A’uudzu bika minal-Jubni wal-Bukhli wa A’uudzu bika min-Ghalabatid-Daini wa Qahrir-Rijaal.”

Yang maksudnya :

Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari kebinggungan dan keduka-citaan, aku berlindung kepada Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada Mu dari sifat penakut dan bakhil, aku berlindung pada Mu dari beban hutang penindasan orang orang”.

Doa ini sangat mustajab. Bila kita yakin semasa berdoa pasti Allah akan bantu.

Cara amalkan dia ini ialah dibaca tiga kali pada waktu pagi dan petang iaitu selepas solat Subuh dan selepas solat Asar.


📍DOA KETIGA.

Wanita yang mengalami masalah dalaman , masalah fibroid , masalah cyst , masalah luka dalaman akibat keguguran , nak elak kanser rahim atau payudara atau nak cantik dalaman, Amalkan Ayat 69 Surah An-Nahl.

Baca setiap hari sambil makan madu, ubat atau suplemen harian. Insyallah dengan izin Allah, semuanya akan dipermudahkan.

Cara amalkan :
▪️Baca Alfatihah dan Ayat Kursi.
▪️Baca Surah An-Nahl ayat 69 dan hembus ayat tersebut pada madu.

Doa tersebut ialah :


Terjemahan dari surah An-Nahl Ayat 69 :

kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan ( bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman ( madu) yang bermacam macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda ( kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkan.” 


INGAT ‼️

SENTIASALAH MENGINGATI ALLAH SWT KETIKA KITA SEDANG SENANG MAHUPUN KITA DILANDA SUSAH. 

Semoga ALLAH sentiasa pandang usaha kita yang tengah berusaha berubah demi kebaikan dan semoga Allah jadikan kita semua ingat dan kembali kepada NYA tidak kira diwaktu kita senang mahupun susah.

Siapa yang sentiasa ingat pada ALLAH ketika senang, ALLAH akan ingat pada dia ketika susah. 

Jom kita sentiasa amalkan doa yang bagus untuk wanita setiap hari.

Bagi anda yang beragama kristian, ini antara amalan kebaikan yang boleh anda amalkan.


#nextlevelblogging #blogmegashaklee
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Kesihatan adalah Rezeki terbesar dalam hidup.

Jom sertai kami untuk jadi Agent Shaklee

Anda berminat dengan Vitamin Shaklee ?

Jom hubungi saya untuk info lanjut  :

Nama: NURAZILLAH BINTI MUHAMMAD 
Shaklee ID : 1268743

Pengedar Sah Shaklee anda di area :
Beaufort, Sipitang, Membakut , Kimanis , Labuan, Kuala Penyu,Kota Kinabalu serta seluruh Malaysia.


Setiap pembelian supplement  Shaklee dengan saya akan mendapat FREE CONSULTATION cara makan yang berkesan.

Jom jadi sihat dengan Shaklee!


Comments